Ketika ini aku perlukan tempat & ruang untuk menulis apa yang terlintas difikiran.
Aku tidak mahu nganggu sesiapa jika cuba berinteraksi dengan kenalan whatsapp. Tambahan lagi senarai kenalan sudah semakin susut.
Menulis pada pendapat aku boleh jadi tempat release tension selain menajamkan ingatan. Antara benda yang boleh ditulis adalah pengalaman hidup, kesah suka duka, impian dan harapan.
Time-line kehidupan
Pada umur 54 tahun pada tahun 2025 ni, mungkin boleh dipecah-pecahkan peringkat umur setiap 5- 10 tahun; agak mudah untuk recall peristiwa yang berlaku bagi setiap peringkat umur.
Jika tidak, semua perkara dirasakan penting dan bertimbun menjadi satu longgokan kesah kehidupan.
Umur 5 -10 tahun
Aku lahir pada tahun 1971; jadi perkara pertama yang masih aku ingat adalah kali pertama peristiwa bakal dapat adik baru. Aku disuruh bawa adik untuk bermain sebab ibu nak bersalin.
Jarak aku dan adik bawah aku (Razi) adalah lebih kurang 3 tahun. Jarak Razi & rashid pun dalam 3 tahun juga. maknanya ketika Rashid lahir aku berumur 6 tahun lah...
Peristiwa kedua pula adalah kenangan kali pertama ambil gambar berukuran passport. Tak ingat untuk tujuan apa. Mungkin untuk sekolah.
Aku bersekolah rendah di Sekolah Khir Johari , Sabak Bernam. Aku langsung tak ingat proses pendaftaran atau perkara yang berlaku ketika darjah 1. Rasanya aku dalam kelas ketiga (1 Ros).
Semua ada 3 kelas iaitu Cempaka,Melur & Ros. Almaklum aku tidak pernah masuk pra-sekolah, menulis & membaca memang tak tahu langsung. Bahkan aku hanya tahu bercakap Melayu secara formal selepas bersekolah.
Ketika darjah 1 & 2 yang aku ingat adalah Cikgu Kelas bernama CIkgu Niah. Aku hanya boleh membaca ketika dalam darjah 2, itupun hasil bimbingan Kak Midah ketika di rumah. Kak Midah lah yang ajar aku mengeja setiap suku kata seterusnya gabung jadi perkataan. Terima kasih yang tidak terhingga pada arwah Kak Midah yang mengajar aku membaca..Moga pahala berpanjangan untuk arwah.
Di Sekolah aku cuma kenal ABC & 123. Setelah aku pandai membaca, prestasi pembelajaran aku semakin baik. Tak la dikedudukan tercorot ketika peperiksaan hujung tahun. Sungguhpun begitu aku tetap masuk kelas corot juga bila naik darjah 3, iaitu 3 Ros tahun 1980.
Secara kasarnya aku masih ingat kedudukan kelas ketika sekolah rendah. Ketika darjah 3, kedudukan kelas berhampiran tandas. Dinding antara kelas di blok bangunan darjah 3 & 4 boleh dibuka untuk dijadikan dewan jika ada majlis.
Ketika darjah 3 ni aku merasa naik pentas ambil hadiah kerana dapat tempat ketiga dalam kelas. Berkongsi kedudukan sama dengan seorang kawan iaitu Ahmad Azli. Dengan pencapaian ini, aku dapat masuk kelas 4 Cempaka pada tahun 1981.
Oh ya, Bapa aku hantar dan ambik aku setiap kali pergi dan balik sekolah. Darjah 1 & 2 merasa la naik motor Norton. Masuk darjah 3 rasanya dah tak dapat naik motor sebab Abang Kom bawa motor tu ke KL . Tak silap masa tu Bapa tiada motor. Masuk darjah 3 & 4 aku mula naik basikal takpun jalan kaki untuk ke sekolah.
Umur 11-15 tahun
Darjah 5 Cempaka , pencapaian pelajaran biasa-biasa sahaja. Aku mudah dapat pelajaran yang diajar. Agak ketinggalan dalam subjek Bahasa Inggeris. Selain itu aku tak pandai baca Jawi, jadi mendatangkan masalah ketika subjek Bahasa Melayu- Jawi dan Pendidikan Islam. Tidak seperti rakan lain, aku tidak sekolah agama disebelah petang. Jadi aku agak ketinggalan dibahagian itu.
Ketika darjah 5, ada 1 peperiksaan yang besar selain peperiksaan hujung tahun.Ia dikenali sebagai Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Melibatkan 5 subjek utama- Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains & .....lupa subjek ke-5 tu.hahaha.
Pengorbanan Ibu bapa amat aku hargai sebab masa darjah 5 ni kami kena beli buku tambahan. Kosnya agak tinggi kalau tak silap RM50 juga lah untuk 5 unit buku kerja tambahan tu (Nilai dalam RM150 kotla di tahun 2025 ni) . Tak ingat macam mana mak dapat duit untuk belikan buku2 tu.
bersambung...........
